Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Entiti Yang Mengaibkan Dr Noor Hisham.

Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Facebook (FB) MGAG selepas didakwa memuat naik satu gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang media dari kediamannya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu dibuka susulan satu laporan polis dibuat di Senawang.

“Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi tadi.

Semalam tular di media sosial gambar mengaibkan Dr Noor Hisham dimuat naik akaun FB terbabit sehingga mendapat kecaman warganet.

Susulan itu pemilik FB terbabit kemudian membuat permohonan maaf dengan mendakwa perbuatan itu hanya sekadar gurauan.

Status berbaur penghinaan itu turut dipadam dan permohonan maaf pemilik akaun itu setakat ini menerima 11,000 komen dan dikongsi 465 dengan 8,600 membuat emoji marah.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*