Polis Dedahkan Cara Pendakwah Selebriti Pancing Gadis Untuk Memu4skan Nfsunya

Pendakwah selebriti yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung tujuh laporan membabitkan kes rogol dan cabul didapati mengajak mangsa keluar makan terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati mangsa akan berkenalan dengan suspek menerusi mesej peribadi di Instagram sebelum mempelawa keluar makan.

“Dalam tempoh pengenalan itu, suspek akan memperdayakan mangsa berkenaan dengan menggunakan kapasiti sebagai seorang da’i sebelum mempelawa mereka ke rumah.

“Suspek akan melakukan kegiatan terkutuk seperti dilaporkan mangsa ketika berada di rumahnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Huzir berkata, siasatan mendapati semua mangsa dikenali itu adalah pengikut laman Instagram suspek.

“Sehingga kini tujuh laporan diterima membabitkan suspek di sekitar Lembah Klang.

“Daripada tujuh laporan itu, dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul (3), Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan satu kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa berusia lingkungan 22 hingga 26 tahun dan terdiri penuntut dan individu yang baru bekerja.

“Polis menyeru kepada mana-mana individu yang menjadi mangsa gangguan seksual suspek tampil membuat laporan bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya.

Sebelum Ini Tular Kes Pendakwah R0g8l Gadis Di Twitter

Seorang pendakwah muda direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dakwaan kes merogol seorang gadis di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9.45 pagi dan diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan malam tadi memberitahu lelaki tersebut ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 malam.

Baharudin berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh mangsa yang berusia 23 tahun pada pukul 7.18 malam, kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki terbabit yang baru dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September 2019.

“Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang mengenai masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

“Lelaki itu telah membawa mangsa makan di sebuah kedai di Batu 3 di sini sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan,” katanya.

Jelas Baharudin, mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian tersebut sebelum pulang keesokan harinya menggunakan perkhidmatan e-hailing ke rumahnya di Subang Jaya.

Mangsa juga dikatakan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu.

Seterusnya mangsa telah pulang ke rumah keluarganya di Pahang serta mendapat rawatan selama lima hari di wad psikitari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Selasa lalu tular di platform media sosial beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pengguna akaun Twitter @ainunnnajwa mendakwa seorang pendakwah selebriti merogol seorang gadis.

Sumber : Harian Metro Via KLV

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*