Polis Membuat Serbuan Keatas Anggota, 9 Orang Anggota Polis Diberkas Dalam Operasi Tersebut

Seramai sembilan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur diberkas atas pelbagai salah laku, menerusi beberapa siri serbuan di ibu negara, antara 25 November hingga 8 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya menangkap semua anggota berusia antara 29 hingga 58 tahun itu selepas menerima laporan mengenai kesalahan jenayah berkenaan.

“Antara salah laku dilakukan ialah pemerasan, ugutan jenayah dan terbabit dalam sindiket dadah.

“Selain itu, seorang daripada mereka didapati tidak hadir tugas selama 24 hari berturut-turut dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful Azly berkata, semua suspek sudah didakwa di mahkamah baru-baru ini.

“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*