Polis Mendapati Ada Kesalahan Pemerasan Dan Fitnah Dilakukan Anggota SPRM Yang Memeras Ugut Usahawan.

Laporan awal siasatan terhadap seorang usahawan yang mendakwa diperas ugut ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober lalu, bakal diketahui minggu hadapan.

Pada peringkat awal, polis mendapati adanya kesalahan mengikut Sekyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pemerasan dan Seksyen 500 kanun sama atas kesalahan fitnah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima tiga laporan membabitkan laporan dibuat usahawan berusia 32 tahun itu, laporan balas SPRM yang dibuat semalam serta laporan daripada seorang individu yang menafikan laporan pertama oleh usahawan terbabit.

“Memandangkan banyak isu teknikaliti dalam kes ini, polis memulakan perbincangan dan tiada apa-apa halangan dalam menjalankan siasatan.

“Namun, ada beberapa perkara perlu kita tentukan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Mungkin Isnin dan Selasa hadapan kita akan dapat mengetahui hala tuju kes ini dan mula memanggil saksi yang mempunyai maklumat,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memerlukan masa untuk memulakan siasatan kes itu disebabkan butiran dalam laporan dibuat terlalu banyak dan berselang-seli serta perlu dirungkai secara satu persatu.

Beliau berkata, berdasarkan semua laporan diterima, ada kesalahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan menyebabkan tumpuan siasatan ke arah itu.

“Saya sudah mengarahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar M Sree untuk mengkaji sedalam-dalamnya perkara ini.

“Kita tidak mahu membuang masa oleh sebab laporan pertama dan kedua yang mendakwa berlakunya perbalahan,” katanya.

Beliau berkata, perbalahan dikesan dalam laporan itu adalah membabitkan dua orang ahli perniagaan termasuk usahawan rokok elektronik (vape) terbabit.

Menurutnya, polis tidak mahu terperangkap dan membuang masa dalam siasatan kes perbalahan itu menyebabkan siasatan perlu dibuat secara berhati-hati.

Terdahulu, usahawan vape berkenaan mendakwa diperas ugut ketika ditahan SPRM pada 1 Oktober lalu.

Beliau disoal siasat berhubung pembabitannya bersama dua individu yang kini sedang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin Goh selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti Macau Scam dan pengubahan wang haram.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*