Program Saringan Pekerja Warga Asing, Antara Punca Kepada Lonjakan Kes Positif Harini!

Jangkitan baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan jumlah tertinggi hari ini apabila 2,234 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu sebanyak 1,428 kes, termasuk 842 kes membabitkan Kluster Seruling dan Kluster Hentian (315).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia diikuti Sabah mencatatkan sebanyak 274 kes positif baharu; Kuala Lumpur (136) dan Perak (115).

Beliau berkata, dengan peningkatan kes itu, Malaysia kini mencatatkan sebanyak 78,499 kes positif COVID-19 sejak Januari lalu dengan kadar kebolehjangkitan kes sebanyak 11,867 ketika ini.

Katanya, daripada sebanyak 2,234 kes baharu itu, 2,229 adalah kes jangkitan tempatan, manakala lima membabitkan kes import.

“Sebelum ini, negara mencatatkan kes tertinggi pada 24 November 2020, iaitu sebanyak 2,188 kes dengan sejumlah besar kes membabitkan Kluster Teratai.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 1,428 kes (63.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,321 kes (93.2 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat dan kluster-kluster. Kebanyakan kes positif di Selangor pada hari ini membabitkan kluster berkaitan tempat kerja terutama Kluster Seruling dan Kluster Hentian.

“Kes di Selangor dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan tindakan proaktif majikan di Lembah Klang. Sehingga kini, pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan di lapangan dan kes terbabit diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS 2.0 dan Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 160 kes (7.2 peratus) COVID-19 yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara membabitkan 104 kes di Kluster Tembok; Kluster Bakti (45); Kluster Rumah Merah (8) dan Kluster PTS Sibuga (3).

Sumber : Harian Metro & Twitter  KKM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*