Punca Kematian Arwah Adib Akan Dimaklumkan Tidak Lama Lagi… Semoga Keadilan Menyebelahi Arwah

Hasil dari penyiasatan punca kematian anggota Bomba sebelum ini, Muhammad Adib Mohd Kassim dikatakan akan dimaklumkan tak lama lagi. Siasatan polis kini dikatakan telah berada di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara disebabkan kecederaan parah yang dialaminya semasa rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada mencadangkan satu inkues untuk diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib, kerana terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.

Terdahulu

Mahkamah Koroner di sini, hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas, selain ia disokong saksi ke-30 yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.

Beliau berkata, pihaknya turut menolak teori dikeluarkan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dilanggar.

Katanya, keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul di mana ia membabitkan kira-kira 20 hingga 30 lelaki.

“Punca kematian Muhammad Adib bukan berpunca daripada dirinya sendiri,” katanya.

Rofiah turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal keadaan rusuhan itu menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Berikutan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.

Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Muhammad Adib, menangis sejurus Rofiah selesai membacakan keputusan mahkamah itu.

Syazlin kemudian dilihat ditenangkan oleh suaminya dan beberapa peguam lain selepas prosiding tamat.

Prosiding yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi selesai pada jam 10.15 pagi.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar serta bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Sementara itu, tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, 26, bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas prosiding.

Nurul Najihah yang berbaju kurung berwarna biru ditemani seorang wanita yang enggan dikenali.

Mereka berdua kemudian berlalu pergi ke kereta meninggalkan petugas media yang cuba bertanyakan beberapa lagi soalan lain.

Terdahulu, beliau yang tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi, masuk ke galeri awam mahkamah bersama Syazlin.

Sumber : Ohmedia, Astro Awani Dan BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*