Ramai Yang Ingin Membantu Sekarang ni, Tapi Dia Ni Rancang Sumbangkan Kondom Percuma!

Ramai yang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada waktu yang sukar ini. Tapi tak pernah pula terfikir atau terdengar ada orang yang nak sumbang kondom kepada orang ramai.

Idea ini datang dari seorang selebriti Indonesia, Nikita Mirzani yang ingin memberikan kondom kepada orang ramai secara percuma dengan tujuan mengelakkan peningkatan kehamilan di negara itu.

Apa yang dilakukan Nikita ini juga atas alasan perlaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) atau lebih kurang sama dengan PKP di Malaysia.

Di kala PSBB dilaksana ketika pandemik ini boleh menyebabkan angka kehamilan meningkat di Indonesia berikutan pasangan suami isteri banyak menghabiskan masa bersama di rumah.

Jadi, bagi mengurangkan kadar kehamilan ini daripada terus meningkat, maka saya merancang untuk menyumbangkan kondom secara percuma bagi mencegah ibu-ibu daripada hamil. – Katanya.

Nikita juga berpandangan yang jika kehamilan mendadak ini terus berlaku, ia akan menambah tanggungjawab sesebuah keluarga, lagi-lagi mereka yang tidak mampu. Ini akan lebih menekan mereka ketika wabak masih berlaku.

Niat Nikita ni dah baik, jadi apa pandangan korang? Apapun, rancanglah masa depan keluarga korang dengan baik.

Sumber : Harian Metro via OhMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*