Rentas Negeri Dah Boleh, Tapi Jangan Lupa SOP Pula, Jangan Alpa Dengan Kelonggaran Yang Diberi.

Rakyat Malaysia diingatkan supaya jangan alpa dengan kelonggaran diberi kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri, sebaliknya perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak peningkatan kes COVID-19.

Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mengumumkan kerajaan membenarkan orang ramai merentas daerah dan negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis mulai hari ini kecuali kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pengumuman itu sekali gus akan meningkatkan aktiviti ekonomi negara terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan keluarga.

“Tetapi ini tidak bermaksud kita leka dan alpa daripada mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Rakyat perlu sama-sama bertanggungjawab memastikan keseimbangan antara nyawa dan mata pencarian, antara kesihatan awam dan pemulihan ekonomi.

“Kita mesti terus melakukan langkah berjaga-jaga, seperti memakai pelindung muka, menghindari tempat yang sesak dan kekalkan penjarakan fizikal. Tidak boleh ada kompromi mengenai SOP ini.

“Perang terhadap COVID-19 belum berakhir. Kita tidak boleh leka dan mengabaikan diri kita,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lam Thye berkata, pihaknya menyambut baik kebenaran merentas sempadan negeri serta semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing bagi membolehkan orang ramai melancong di dalam negara.

Selain itu, beliau memohon kerajaan dan majikan untuk mempertimbangkan semula perintah bekerja dari rumah (BDR).

“Sudah tiba masanya untuk membuka semula pintu pejabat untuk membolehkan pekerja bekerja dari ruang yang lebih kondusif.

“Bekerja dari rumah memberikan sedikit kelegaan, namun tidak ada pengganti persekitaran pejabat di mana kemudahan dan peluang untuk interaksi pekerja yang lebih baik tersedia,” katanya.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*