Rokok Seludup Dianggarkan RM1.7 Juta Dirampas Dan Dua Ditahan Salah Seorang Dari Suspek Adalah Rakyat Singapura

Seorang rakyat Singapura antara dua individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok bernilai lebih RM1 juta dalam dua serbuan petang tadi.

Superintendan Dimin Awang, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), berkata,  suspek warga Singapura berusia 49 dan seorang lelaki tempatan, 31 tahun itu ditahan di Taman Sutera dan Taman Universiti di sini pada pukul 2 petang.

Suspek warga Singapura ditahan ketika sedang memunggah bungkusan rokok – rokok berkenaan ke dalam kereta Proton Exora.

“Manakala suspek rakyat tempatan yang membawa kenderaan itu bertindak melarikan diri sebelum dikesan di sebuah rumah di Taman Universiti yang dijadikan pusat pengumpulan rokok seludup tersebut,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang juga warga tempatan tersebut bagaimanapun mengalami kecederaan dan patah kaki kiri dalam cubaan melarikan diri apabila terjatuh dari bumbung rumah.

“Pemeriksaan di rumah berkenaan polis menemui pelbagai jenis rokok yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran. Nilai rampasan keseluruhan termasuk dua buah kendraan dianggarkan sebanyak RM1.7 juta.

“Rampasan ini merupakan rampasan terbesar yang direkodkan PGA bagi tahun ini. Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan rokok seludup itu diedarkan bagi pasaran selatan tanah air,” ujarnya.

Dimin turut berkata, kesemua rampasan termasuk rokok, dua buah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM15,000 itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah  Johor Bahru Utara.- K! ONLINE

Sumber : Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*