Ronnie Liu Ditahan Polis Berhubung Status Yang Dimuat Naiknya Cenderung Menghasut Terhadap YDP Agong

Ronnie Liu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, ditahan hari ini, bagi membantu siasatan berhubung status dimuat naik di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 10.40 pagi tadi.

“Tangkapan itu dilakukan bagi membolehkan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Keterangannya akan dirakam dan jika semuanya selesai beliau akan dibebaskan. Apapun, ia bergantung pada keterangan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Ronnie tiba di IPD Petaling Jaya pada 10.40 pagi untuk membantu siasatan polis.

Semalam, Harian Metro melaporkan Ronnie antara empat individu disiasat berhubung isu menghina Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan itu kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, siasatan dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*