Rupanya, 16 Hari Sebelum Lawan Gaethje, Kaki Khabib Patah. Macam Mana Dia Masih Boleh Berlawan Dan Menang?

Khabib Nurmagomedov menunjukkan kecederaan sebenar pada kakinya yang patah dua minggu sebelum menewaskan Justin Gaethje.

Juara tidak pernah tewas kategori lightweight itu melebarkan rekodnya dalam MMA kepada 29-0 selepas kejayaan pada pusingan kedua UFC 254, pada Sabtu lalu.

Presiden UFC, Dana White menjadi individu pertama selepas acara berkenaan mendedahkan kaki Khabib patah, hanya 16 hari sebelum berdepan Gaethje.

Kini bintang Russia itu berkongsi di laman Instagram yang menunjukkan kecederaan sebenar kaki kirinya itu.

Khabib, 32, memuatnaik gambar X-ray dengan jari kaki patah dan satu lagi imej kakinya yang bengkak, masing-masing bertarikh 7 dan 8 Oktober.

White berkata: “Apa yang dia lalui, kita semua bernasib baik dapat melihatnya bertarung malam ini.

“Dan saya mendengar khabar angin mengenai perkara lain yang saya tidak tahu, yang anda semua akan tahu kemudian.

“Yang jelas, dia berada di hospital. Kakinya patah. Tiga minggu lalu.

“Dia adalah seorang daripada manusia paling kuat di planet dan dia jaguh No1 di dunia.” – AGENSI

Sumber : Bharian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*