Sad1s! Pembun0h Kucing Diburu Polis! Perbuatan Kej4m Sengaja Tahan Smpai M4ti

Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi secara automatik dan disedari orang awam kira-kira 3 pagi sebelum memaklumkannya kepada persatuan sekitar 4.30 pagi.

“Setiap bank akan menutup pintu roller shutter di ruang mesin ATM (mesin juruwang automatik) bermula 12 tengah malam dan hanya membukanya semula pada 6 pagi,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan berkenaan.

Menurut persatuan itu, kes kematian kucing itu seolah-olah sengaja dilakukan dengan cara menahan kucing malang itu sewaktu roller shutter sedang turun perlahan untuk menutup pintu ruang mesin ATM.

“Kucing tidak akan tunggu di satu lokasi jika berlaku bunyi bising. Sudah tentu bunyi roller shutter itu kuat sewaktu turun akan memeranjatkan kucing dan ia berlari pergi.

“Jadi, seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga leher kucing tersepit,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi persatuan.

Selain mengharapkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak bank untuk menyaksikan kejadian sebenar, persatuan turut meminta mana-mana individu yang melihat kejadian itu supaya berkongsi maklumat dengan segera melalui talian 011-20901097 agar pelakunya dapat dijejaki.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*