Sah! Menu Baru KFC Membuatkan Ramai Jejaka Terliur Dengan Menu Yang Disajikan

KFC bukan setakat buat ayam goreng yang sedap je, mereka juga telah memperkenalkan KFConsole secara rasmi dan merupakan pesaing kepada PlayStation dan juga Xbox. Sebelum ini pun ada je ura-ura mengatakan yang KFC akan keluarkan console gaming dan ternyata ianya memang betul-betul jadi gais!

Kalau korang nak tahu, KFConsole ni dibangunkan oleh jenama terkenal dalam industri computer hardware iaitu Cooler Master. Bagi melengkapkan sebuah KFConsole ini, ia didatangkan dengan Intel NUC 9 bersama GPU dari NVIDIA. Pergh! Boleh tahan. Bukan tu jer, storage pula dilengkapi dengan 1TB Seagate Barracuda 1TB SSD untuk bagi korang kepuasan download apa sahaja game.

Apa yang bestnya, KFConsole ni support paparan 4K tau dengan 240fps. Confirm gambar real gila dan semestinya memberikan pengalaman yang luar biasa. Apa yang buatkan KFConsole ni lain dari lain ialah korang boleh memanaskan ayam yang dah dimasak di ruangan yang tersedia. Kah! KFC dan ayam goreng memang tak boleh dipisahkan.

Korang rasa kalau KFConsole ni dah mula dijual, korang nak beli tak? Apapun, mereka masih belum mengumumkan lagi dan mungkin ianya akan dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad saja.

Sumber : Cooler Master

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*