Sah! Syed Saddiq tidak akan menyertai Pejuang malah Menubuhkan Partinya Sendiri.

Terbaharu, sah bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman tidak akan menyertai parti terbaru yang ditubuhkan oleh idolanya Tun Dr Mahathir, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Syed Saddiq juga mengatakan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang berbilang kaum dengan memberikan fokus yang lebih terhadap anak muda.

Beliau juga menyatakan “Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan Future Foward, di Perancis mereka boleh menubuhkan En Marche di bawah Macron” dan kini beliau merasakan, sudah tiba masanya untuk dirinya sendiri menubuhkan gerakan sendiri yang lebih cenderung kepada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi”.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” kata Syed Saddiq 

Jadi apa kata anda? adakah Syed Saddiq akan berjaya menubuhkan partinya sendiri?

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*