Sah Terbabit Dalam Macau Scam Dan Judi Dalam Talian, Addy Kana Juga Mempunyai Rekod Lampau Samun!

Kuala Lumpur: 12 pusat panggilan sejak Sabtu lalu susulan pembongkaran sindiket perjudian dalam talian membabitkan Addy Kana serta Goh Leong Yeong @ Alvin, diserbu oleh pihak Polis awal bulan ini.

Serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang itu turut menahan 138 individu membabitkan 95 warga China serta 43 warga tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati kebanyakan pusat panggilan diserbu menyasarkan mangsa di China.

Beliau berkata, seramai 55 orang direman mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala 85 individu diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Daripada 12 serbuan dijalankan, ada sebuah premis di Cheras didapati terbabit dengan kegiatan mempromosikan pelacuran di WeChat, QQApp dan Weibo. Selain itu, kami menahan seorang warga tempatan di sekitar Lembah Klang, semalam yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek yang melarikan diri.

“Kami akan menyiasat jika wujud pembabitan ahli politik dalam kegiatan ini, namun setakat ini kami tidak mengesan elemen berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Dalam pada itu, Huzir berkata, pihaknya menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat di ibu negara dan tidak menolak kemungkinan Alvin di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat ‘tawaran’ daripada sindiket di China.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati Addy mempunyai jenayah lampau bersabit kes samun mengikut Akta Ordinan Darurat 1969.

“Siasatan mendapati kedua-dua mereka adalah ejen sindiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Macau Scam, penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjudian dalam talian.

“Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas.

“Perintah lanjut reman ketiga-tiga suspek termasuk Addy akan dipohon mengikut Seksyen 4 (2)(a) POCA selama 38 hari apabila tempoh reman mereka tamat pada 3 November depan,” ujarnya.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung tindakan Alvin yang berjaya melarikan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 11 Oktober lalu.

Polis juga kini sedang memburu tujuh lagi individu berhubung premis pusat panggilan bagi perjudian dalam talian yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*