Salam Takziah Buat Datuk M.Nasir Sekeluarga, Isteri Kongsi Berita Sedih Tersebut Di IG

Ayah maestro muzik, Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Singapura, pada jam 7.30 pagi tadi.

Isteri M Nasir, Datin Marlia Musa berkongsi berita sedih itu di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.

“Ayahanda kesayangan kami, Haji Mohamed bin Sam telah pulang ke Rahmatullah pada pagi ini… Semoga Allah mencucuri rahmatNya,” katanya dalam entri berkenaan.

Marlia berkata, berikutan pandemik COVID-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

“Kami sudah berusaha membuat permohonan pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19,” katanya sambil menambah suaminya reda dengan keadaan itu.

Marlia berkata, kali terakhir beliau dan M Nasir bertemu Allahyarham adalah kira-kira setahun lalu, sebelum pandemik COVID-19 menular.

“Sejak itu, kami bertanya khabar melalui panggilan telefon dan video,” katanya.

M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*