Salam Takziah Buat Syafiq Ahmad, Penyerang JDT. Anak Dan Ibu Mertuanya Antara Yang Terk0rban.

Striker (Penyerang) pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terbabit kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.

Ia menyebabkan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, dipercayai ibu mentuanya, dan Titik Sukamti, 30-an yang juga pembantu rumahnya, meninggal dunia.

Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25; isterinya, Nur Amalina Norain, 25; bersama anak perempuan sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.

“Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.

“Anggota kemudian membuat kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi jam 6.12 pagi.

JDT, FAM Ucap Takziah Keatas Syafiq Yang Kehilangan Anak.

Penyerang bola sepak Harimau Malaya, Syafiq Ahmad terbabit dalam kemalangan jalan raya tragis awal pagi tadi apabila tiga ahli keluarganya maut selepas kenderaannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, Syafiq yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pendang bersama ahli keluarga.

Difahamkan ibu mertua dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan pembantu rumah meninggal dunia di tempat kejadian, sementara Syafiq, isteri dan anak sulung cedera parah.

Menerusi posting terbaharu JDT di Facebook rasmi iaitu Johor Southern Tigers, menyampaikan salam takziah buat Syafiq di atas kehilangan insan tersayang.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menghulurkan salam takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan itu.

“Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah.”

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*