Satu Lagi Kes Anggota PGA Terkena Tembakan Di Sempadan! KP Kedah Berkata…

Seorang lagi anggota Batalion 3 PGA (Pasukan Gerakan Am), dilaporkan cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Difahamkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Anggota terbabit sudah dibawa keluar dan kini sedang mendapat rawatan lanjut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan serangan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas anggota PGA selepas dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Sarjan Norihan Tari, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*