Scammer Guna Muka Dr Noor Hisham

Laman web yang dipercayai palsu, memaparkan muka Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Ia turut memaparkan nama sebagai COO (Chief Operating Oficer) syarikat itu menggunakan nama Aidan Razif di bawah gambar muka Dr Noor Hisham.

Laman web yang didakwa dimiliki sebuah syarikat perlombongan itu turut memaparkan beberapa lagi gambar individu lain dipercayai untuk menjerat mangsa kononnya untuk membuat pelaburan di syarikat itu.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di laman akaun Facebook rasminya menafikan perkara itu, serta terang terang namanya lain di situ.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam ‘website’ mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,”kata Dr. Noor Hisham.

Laman web itu sudah disenaraikan sebagai ‘scammer’ sejak tahun lalu, dan kini telah pun disekat

Pemeriksaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pun turut mendapati tiada syarikat seperti nama itu didaftarkan di Malaysia.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*