Sebanyak Rm343,700 dijumpai selepas serbuan dibuat keatas kenderaan motosikal di Kelantan semalam.

Gambar Hiasan

Sejumlah wang tunai berjumlah RM343,700 dijumpai di bawah tempat duduk skuter jenis Honda Air Blade di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang. Susulan itu, dua lelaki ditahan di tempat kejadian.

Sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan dua lelaki tersebut pada 7 malam semalam.

Superintendan Muhammad Shamsuddin, Pegawai Pemerintah PGA8, berkata, anggotanya dapat menghidu perbuatan suspek selepas tinjauan di hadapan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Katanya, sebuah treler berwarna biru keluar dari pintu utama ICQS namun tampak mencurigakan. Pemandu treler berusia 62 tahun itu kemudian berhenti di kawasan stesen minyak terbabit dan kurang 15 minit selepas itu, seorang lelaki menunggang skuter berhenti berhampiran treler berkenaan.

Lelaki yang menunggang motosikal tersebut berusia 43 tahun dilihat berbual dengan pemandu treler tersebut sebelum dia secara mencurigakan memasukkan beg plastik hitam di bawah tempat duduk skuter dipercayai miliknya.

Pasukan PGA8 kemudian membuat serbuan dan menangkap kedua-dua lelaki itu. Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan motorsikal tersebut mendapati terdapat sejumlah wang di dalam beg plastik itu yang dipercayai duit haram. 

Menurutnya, suspek dan wang rampasan tersebut diserahkan untuk disiasat dengan lebih lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyem 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut Pegawai pemerintah PGA8 itu juga mereka akan terus memperketatkan kawalan di sempadan sepanjang Sungai Golok, khususnya pangkalan haram yang dibina di sana.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*