Seleweng Duit Raya, Timbalan Pengarah Ditahan SPRM

Timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung atas dakwaan beliau menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di sini.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.– BERNAMA

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*