Seorang Kanak – Kanak Dilanggar Di Hadapan Rumah Ketika Bermain

Seorang kanak – kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun petang semalam.

Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian itu berlaku jam 3 petang.

Mangsa dikatakan bermain basikal di kawasan rumahnya bersama dua rakannya iaitu Amran, 8, dan Amirah, 7 sebelum kejadian itu berlaku.

Kemudian sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak dan melanggar mangsa.

Superintendan Baharudin Abdullah, Ketua Polis Daerah Dungun, mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, pemandu kenderaan terbabit berasal dari Setiu menjalankan perniagaan durian di jalan besar tidak jauh dari kampung itu.

“Ketika melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.

“Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengejarkan anaknya ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Baharudin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*