Seorang Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Menamatkan Riwayatnya Kerana Terlalu Rindu Keluarga Susulan Kes C0vid -19

Seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di Singapura, maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, dua hari lalu.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui keluarganya, selepas terkandas di Singapura hampir lapan bulan.

Kisah lelaki berkenaan yang terjun dari apartmen tempat tinggalnya itu tular di akaun kumpulan Facebook rakyat Malaysia bekerja di Singapura, sejak semalam.

Menurut pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura yang enggan dikenali, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kurier di republik berkenaan dipercayai menghadapi tekanan hidup kerana bukan saja terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya malah bebanan kerja bertambah susulan wabak Covid-19.

“Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu kepada isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun dia tidak pula menunjukkan sebarang perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara video dengan isterinya kerana dilihat sentiasa ceria, selain selalu mengungkapkan kata rindu dan tidak sabar bertemu isteri dan anaknya.

“Dia juga ada memaklumkan sedang membuat persiapan pulang ke Johor Bahru dalam masa 10 hari lagi menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun berita dia terjun dari apartment dua hari lalu sangat mengejutkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS), S Dayalan berkata, pihaknya berharap kerajaan Pusat dan negeri membuat siasatan menyeluruh susulan kejadian kes bunuh diri membabitkan pekerja Malaysia di negara itu semakin meningkat selepas sempadan kedua negara ditutup.

Katanya, sebanyak tiga kes bunuh diri berlaku sejak wabak Covid-19 menular hingga menyebabkan sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu.

“Perkara ini kena siasat, mengapa mereka bunuh diri. Adakah kerana tertekan hidup akibat bebanan kerja, dibuang kerja atau rindu kerana berjauhan terhadap keluarga,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*