Seorang Wanita Dan Adiknya Membun0h Suaminya Yang Buta Demi Harta Bernilai RM2Juta

Kajang : Tergamak seorang isteri bersekongkol dengan adiknya untuk membunuh suaminya bagi mendapatkan harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Malah, wanita berusia 45 tahun itu sanggup mereka cerita kononnya suaminya yang buta disamun ketika berada di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, pada 1 Oktober lalu.

Bagaimanapun, helah itu terbongkar selepas mereka ditahan polis pada Sabtu lalu sebelum direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat suspek kononnya suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka.

Beliau berkata, mangsa dipukul di kepala dengan menggunakan tukul dan senjata digunakan dalam kejadian itu dirampas polis.

“Dalam kejadian itu, mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Siasatan awal mendapati suspek merancang membunuh mangsa dengan berkomplot dengan adik lelakinya berusia 42 tahun untuk mendapatkan harta mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, adik beradik itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, esok atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa untuk mendapatkan harta.

Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta sama.

Difahamkan suspek yang juga isteri kepada mangsa mahu mendapatkan harta suaminya yang juga pengusaha perniagaan lori serta besi buruk membabitkan aliran tunai lebih RM2 juta dan duit insurans kematian mangsa berjumlah RM800,000.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*