Siapa Sebenarnya Yang Mencadangkan Untuk Isytihar Darurat?

Siapakah di belakang cadangan nak isytihar darurat ini sebenarnya? Ya, mesti ramai yang mempersoalkan tindakan ini. Termasuklah CD sendiri.

CD yakin yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak pemikir, pujangga, perancang dan penasihat di sekeliling beliau.

Memang kes Covid-19 semakin buruk. Sejak kebelakangan ni, melebihi 4angka kes baharu direkodkan.
CD juga rasa dalam masa lapan bulan baru kita cecah angka 10,000 orang yang dijangkiti.

Selama ini kerajaan puji diri sendiri bahawa cara kita tangani wabak itu antara yang terbaik di dunia. Rakyat pun setuju dan juga terbukti bahawa kita tangani wabak pendamik ini antara yang terbaik di dunia, untuk rangkaian yang pertama, tapi lain pula terjadi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes Covid-19 bertambah 17,000 dalam tempoh lebih kurang tiga minggu.

Tiba-tiba apabila timbul cerita pasal mesyuarat kabinet dan PM nak isytihar darurat. Semua terkejut. Orang berniaga yang paling panik. Istilah darurat juga boleh jejaskan keyakinan pelabur dan nilai ringgit, kata mereka.

Alhamdullilah, apabila hal itu dibawa kepada YDP Agong, Seri Paduka Baginda minta untuk bincang dengan Raja-raja Melayu yang lain. Raja-raja Melayu tak setuju, memang boleh diduga. Rakyat pun boleh bernafas lega.

Apakah muslihat sebenar Abah atau PM kita ni nak isytihar darurat? Bukan CD je yang tertanya, banyak juga rakyat yang tertanya tanya.

Apakah semata-mata kerana nak menyelamatkan kerajaannya atau kedudukannya?

Diolah Semula Dari Petikan Awang, Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*