Siapakah Kapten Zainal Abdul Rashid (SP) ? Tahukah anda jasa insan ini…

MENGENAL PAHLAWAN NEGARA KAPTEN ZAINAL ABDUL RASHID(SP)

Namanya mungkin tidak dikenal ramai. Namun beliau berjuang sehabisnya demi negara.

Sempena Bulan Kemerdekaan Mari mengenal salah seorang penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa(SP)

Kapten Zainal Abdul Rashid dilahirkan pada 28 Mac 1946 di Kampung Matang Kerian, Pantai Remis Perak. Selepas tamat persekolahan. Beliau menyertai perkhidmatan ATM dengan menjalani latihan rekrut pada 21 Jun 1964 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Latihan rekrut beliau dipercepatkan 6 bulan kepada 4 bulan kerana Tentera Darat memerlukan anggota yg ramai untuk memerangi pengganas komunis. Baki 2 bulan tersebut beliau dihantar ke pusat latihan untuk berlatih selok belok operasi hutan.

Selepas itu beliau terus dimasukkan ke Kor Askar Jurutera Malaysia dan dihantar ke 10 Skuadron Latihan Jurutera untuk dilatih dan berkursus mengenai kejuruteraan tempur. Beliau kemudian terus diserapkan ke 10 Skuadron Latihan Jurutera sbg anggota selepas tamat kursus dan latihan

Selepas beberapa bulan dalam 10 Skuadron Jurutera Diraja. Beliau ditukarkan ke Skuadron Jurutera ke 4 di Kem Sangro Taiping Perak. Beliau juga mengikuti pasukan tersebut berpindah ke Kem Penrrisen Kuching Sarawak pada 1965 hingga 1967. Kemudian skuad ini kembali ke Kem Sangro dan dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal pada 25 Januari 1967

Pada tahun 1967, ketika itu Pegawai Pemerintah Skuadron Jurutera ke 4 ialah seorang Pegawai Jurutera British bernama Mejar A.W Ritchie Mejar A.W Ritchie telah memanggil Lans Koperal Zainal untuk memberitahu bahawa beliau terpilih menyertai latihan kadet Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.

Beliau ditawarkan latihan kadet kerana kelulusan akademiknya yang melayakkan beliau sebagai pegawai tentera. Pada 21 September 1968 beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda dan ditukar ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Nombor perkhidmatan pegawai beliau adalah 410488

Semasa beliau berada di Batalion 17 RAMD, beliau melaksanakan operasi di Gubir berhampiran Sungai Baho dan terbunuh apabila ditembak oleh pengganas komunis pada pagi 15 Julai 1976.

Sewaktu bertempur beliau bertempur dan menumpaskan 2 pengganas komunis menerusi tembakan rambang. Pengganas komunis melancarkan serangan bertalu talu. Beliau mengarahkan anggotanya terus berjuang dan terus memberi kata kata semangat Ketika beliau dalam kecederaan itu.

Seorang pengganas komunis wanita yang turut cedera di kawasan itu sempat membaling bom tangan ke tempat beliau. Beliau rebah dan kaku disitu Walaupun beliau terkorban. Pasukan beliau terus bersemangat berjuang dan berjaya menghapuskan 7 org daripada 15 org pengganas komunis yg menyerang.

Pasukan beliau turut merampas selaras mortar 60 mm. 7 pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain Setahun kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Mejar dan dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa(SP) pada 1 Jun 1977.

Sumber : Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*