Suara Apakah Itu? Tular Video “Dari Alam Kubur” Meminta Tolong

“VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” Siti Natrah Ismail.

Terbaharu ini, tular rakaman video berdurasi 14 saat itu, dalam video tersebut kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian nitizen.

Tambahannya, ibu anak tiga tersebut berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ”.

“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu’.

“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati,” katanya

Menurut Siti, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.

“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat”.

“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama”.

“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur,” katanya lagi.

Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.

Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.

Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.

“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkuburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.

“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.

Tonton Video Tersebut Dibawah

Sumber : Harian Metro / facebook Siti Natrah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*