Susulan Kes Pemb4nuh4n Kej4m, Mayat Dalam Beg, Suspek Ditahan Kurang 8 Jam

Dua suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui berhampiran beg pakaian di tepi Jalan Aman, pagi semalam, ditahan polis dalam tempoh kurang lapan jam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada jam 2.30 petang semalam.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan penemuan nota berhampiran mayat mangsa yang tertulis nama dan nombor MyKadnya.

“Hasil maklumat serta risikan, kedua-dua suspek ditahan oleh pasukan polis yang menjalankan serbuan ke sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada hari sama.

“Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.

Semalam dilaporkan orang ramai yang lalu di Jalan Aman menemui beg pakaian pada jam 6.45 pagi.

Pemeriksaan seterusnya menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai Heng Mieow Lin berusia 37 tahun.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*