Takkan Nak Uqasha B0g*l Baru Nampak Masuk Akal. Tular Isu Adegan Beranak Pakai Seluar.

Michael Ang, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu menegur sikap segelintir warga maya yang gemar mengkritik tanpa usul periksa.

Michael, 44, berkata sikap itu amat mengecewakan apatah lagi kebanyakan golongan itu terdiri daripada golongan terpelajar.

“Anda memang buat saya gelak besar hari ini. Anda semua ada sarjana, ijazah, belajar tinggi-tinggi tetapi tetap berfikiran rendah.

“Sia-sia saja ibu bapa kerja penat-penat beri duit suruh belajar tetapi tetap kutuk orang sebelum tahu hal sebenar,” katanya di media sosial.

Terdahulu, pengarah dan juga seorang pelakon itu mengulas kecaman warga maya terhadap drama terbarunya yang kini disiarkan di sebuah stesen televisyen.

Michael dikecam selepas tular foto belakang tabir Uqasha Senrose yang membawakan watak Lily melahirkan bayi dengan memakai seluar.

Beliau menafikan babak itu akan digunakan dalam episod akan datang sebaliknya ia sekadar foto di sebalik tabir penggambaran.

“Itu gambar di sebalik tabir. Tidak mungkin saya suruh Uqasha telanjang dekat set.

“Belum lagi tengok sudah buat andaian! Apalah kamu semua,” katanya lagi.

Tapi bagi Admin CD sendiri, sekarang ni teknologi dah bertambah, banyak teknik teknik perfileman dan rakaman. Admin rasa Micheal Ang mesti hebat bab-bab ni jadi korang kena tunggu dan saksikan lah.

Sumber : Projekmm.com

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*