Terkena! Si Isteri Jantan Rupanya

LOMBOK: Malang buat seorang lelaki di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat apabila menjadi mangsa penipuan ‘pasangannya’ yang hanya menyamar sebagai wanita.

Tribun News melaporkan kisah pasangan itu mengejutkan penduduk selepas gambar perkahwinan mereka tular di Instagram (IG).

Menerusi entri di salah satu akaun IG yang mendedahkan perkara itu, mangsa melaporkan perkara berkenaan di Balai Polis Kediri sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Lombok Barat.

Gambar dimuat naik itu menunjukkan pasangan itu bergambar bersama-sama selepas akad nikah namun wajah pengantin ‘wanita’ disamarkan.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Lombok Barat, Iptu Ketut Sandiarsa mengesahkan kes berkenaan.

Menurut Sandiarsa, pengantin lelaki itu dikenali sebagai Muh berusia 31 tahun dan berasal dari Pejeruk, Ampenan, Mataram.

“Kisah cinta mereka berputik selepas berkenalan di laman sosial.

“Bertitik tolak daripada situ, timbul rasa cinta dan akhirnya mereka sepakat mendirikan rumah tangga pada 2 Jun lalu.

“Namun, penipuan Mit (penyamar) terbongkar pada malam pertama selepas menolak untuk melakukan hubungan kelamin dengan Muh,” katanya.

Muh yang curiga dengan apa yang berlaku melakukan pemeriksaan latar belakang dan terkejut mengetahui pasangannya itu adalah lelaki.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*