Terpaksa Menyaksikan Anaknya Dib4n0h Kejam Depan Mata, Sayu Hati Seorang Ibu Yang Terbujur Kaku

Semalam dia melihat mayat anaknya Siti Nur Surya Ismail, 19, terbujur kaku selepas dibunuh dengan kejam di depan mata di ruang tamu rumah.

Hari ini pula, wanita berkenaan hanya mampu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Dua peristiwa menyayat hati itu dilalui Zaini Musa, 55, dari atas katil berikutan tidak mampu bergerak akibat kanser otak tahap tiga yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Penyakit dihidapi wanita itu menyebabkan dia tidak mampu bercakap seperti biasa.

Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu apa yang berlaku.

Ismail turut memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini sekadar melihat tanpa sebarang kata.

Suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.

Jenazah Siti Nur Surya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, di sini, pada 8.15 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong, di sini, dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 6.30 petang.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke masjid di kampung itu untuk disembahyangkan selepas solat Maghrib.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*