Tik4m Sehingga M4ut Bapa Sendiri Kerana Ditegur Leka Bermain Telefon

Seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau kerana berang ditegur leka bermain telefon di rumah di Simpang Pertang, 9.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek pada bahagian depan dan belakang badan.

Katanya selain suspek, ibu mangsa berusia 85 tahun turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan.

“Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau,” katanya ketika ditemui di sini.

Maslan berkata, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua beranak itu bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

“Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*