Tular! Mayat Wanita Dipenggal Kepala Dikatakan Dijumpai di Masjid Tanah, Melaka…

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah hari ini menafikan kononnya ada kejadian kepala wanita dipenggal sebelum diletakkan atas pelepah kelapa di Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Ketuanya, Superintendan Arshad Abu, berkata polis tidak menerima laporan mengenai wanita dibunuh dengan kepalanya dipenggal sebelum diletakkan di atas pelepah kelapa, kononnya berlaku di kampung berkenaan.

“Disahkan gambar mayat wanita tanpa kepala yang tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp itu tidak berlaku dalam daerah ini,” katanya.

Penduduk kampung, Razali Mat Arif, 45, berkata sejak petang semalam kampung itu digemparkan dengan khabar angin kononnya ada wanita dibunuh dengan kepalanya dipenggal.

“Badan dan kepala wanita itu diletakkan di atas pelepah kelapa kononnya di kampung ini tetapi selepas puas saya dan penduduk kampung mencari di mana mayat itu berada, kami tidak menemukannya.

“Jelas ia hanya ‘permainan’ pihak tertentu yang sengaja memaparkan gambar itu kononnya berlaku di pantai kampung ini,” katanya.

Sumber : BHarian / HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*