Masuk Tandas Wanita Kerana Tak Tahan? Meragukan, Polis Tahan Reman Suspek Yang Dipercayai Mengintai Wanita.

Seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di Sungai Petani telah dituduh mengintai wanita dalam sebuah tandas di stesen minyak. Tapi, suspek kata dia tak buat pun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pihaknya telah pun mendapat laporan dari wanita yang kononnya menjadi mangsa intaian lelaki tersebut. Namun, suspek telah datang sendiri ke balai polis untuk buat penafian.

Kata suspek, dia hanya pergi ke tandas perempuan untuk buang air kerana toilet lelaki telah dikunci. Tambah-tambah pula perut memang tengah meragam, jadi dah tak ada pilihan lain lah. Bagaimanapun, pihak polis mendapati keterangan yang diberi meragukan lalu menahan suspek.

Berdasarkan siasatan, suspek tak ada sebarang rekod jenayah lampau. Bila buat saringan air kencing pun, suspek bebas dari pengaruh dadah. Tapi bagi bantu siasatan, suspek tetap ditahan reman selama dua hari. Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Hm, kalau ikutkan, ada logiknya alasan yang suspek beri sebab sekarang pun toilet di stesen minyak selalu sangat berkunci. Kena pergi kaunter pula untuk minta bukakan. Habis kalau dah tak tahan sangat, nak tak nak kenalah buat keputusan drastik, kan? Takpelah bang, kalau betul abang tak salah, nanti polis akan bebaskan ya. Anggaplah ini sebagai satu ujian.

Sumber : Oh Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*