Ujian Air Kencing Bapa Yang T1kam Anak Positif Dadah!

KPD Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata motif kejadian dipercayai kerana suspek mengalami tekanan perasaan akibat ditinggalkan isterinya.

Ujian air kencing seorang suspek lelaki yang menikam anak perempuan kandungnya berusia setahun lapan bulan disahkan positif dadah jenis Metamfetamin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat.

Beliau berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan reman selama lima hari sehingga Khamis ini dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaaan parah.

“Pihak polis sedang mengesan keberadaan bekas isteri suspek iaitu ibu kandung kepada kanak-kanak itu bagi tujuan siasatan kes,” katanya pada Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata motif kejadian itu berlaku dipercayai suspek mengalami tekanan perasaan akibat ditinggalkan isterinya.

“Suspek sebelum ini menetap di rumah keluarganya di sebuah flat di Puchong Permai di sini sambil menjaga anak perempuan tunggalnya.

“Suspek bekerja sebagai pemasang pita penggelap cermin kereta di sebuah kedai aksesori kenderaan berdekatan di sekitar Puchong,” katanya dalam sidang media di Subang Perdana Court 10 di Kuala Lumpur.

Abd Khalid juga berkata mangsa telah dipindahkan dari Hospital Serdang ke Hospital Kuala Lumpur semalam bagi menjalani pembedahan.

Beliau berkata mangsa telah selesai menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di bawah jagaan unit rawatan rapi (ICU).

Semalam, Bernama melaporkan seorang bapa ditahan kerana disyaki menikam perut bayi perempuannya di sebuah flat di Puchong Permai.

Sumber : Bernama Via Jiran Cakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*