(Video) Melaka Dilanda Ribut Teruk! 6 Murid SJKC Malim Cedera

MELAKA – Penduduk Malim dikejutkan dengan bencana angin ribut kuat yang melanda pagi tadi. Kejadian tersebut mengakibatkan banyak pokok dan lampu isyarat jalan tumbang. Dugaan yang melanda penduduk Malim ini ditambah dengan banyak kenderaan yang dihimpap pokok yang tumbang. Pengguna twitter @BukanWanted berkongsi pengalaman di media sosial beliau tentang keadaan di kawasan yang terlibat.

” Bangun2 tido, tengok kereta penyek mcm ni, menangis harap2 ada beli insurance bencana alam” – @BukanWanted

 

 

SJKC Malim Antara Yang Teruk Terjejas dan Melibatkan Kecederaan!

Seramai enam murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini dihantar ke Hospital Melaka selepas mengalami kecederaan akibat dihempap siling bangunan sekolah yang runtuh dalam kejadian ribut di kawasan itu pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.17 pagi itu beberapa siling dan bumbung bangunan turut diterbangkan angin sejauh kira-kira 50 meter. sebaik tiba di lokasi mendapati 22 murid berada di luar bangunan dan enam lagi cedera serta mengalami trauma. Menurutnya, anggota bomba bersama jentera tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit selepas menerima laporan.

Sementara itu, tinjauan mendapati lebih tiga kelas di tingkat dua sebuah bangunan sekolah tersebut terjejas teruk termasuk kesemua bumbung tercabut.
Selain itu, situasi juga menunjukkan keadaan tenang dan terkawal selepas kesemua murid diselamatkan.
Pasukan penyelamat membabitkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bomba, St John Melaka dan petugas kesihatan masih berada di lokasi kejadian.

Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Mah Hang Soon dan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali turut melawat kawasan sekolah itu.
Difahamkan lebih 30 rumah penduduk sekitar termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu juga terjejas dalam kejadian ribut itu.

Sumber : Twitter @BukanWanted / Sinarharian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*