Youtuber Mencab0l Ditahan, Masuk Bilik, C1um, Pel0k, Rab4 dan Melakukan 0nani, Selepas Pengambaran Drama Youtube.

Seorang YouTuber tampil serah diri kepada polis, hari ini susulan aduan dibuat terhadapnya atas dakwaan mencabul, Di Kota Bharu, Kelantan harini.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini, selepas penggambaran drama YouTube selesai, 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, wanita berusia 24 tahun membuat laporan pada Jumaat lalu, mendakwa dicabul dan suspek tampil hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek berusia 22 tahun berkenalan menerusi seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkan suspek.

“Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

“Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek juga adalah penerbit drama itu dan menawarkan bayaran RM600 kepada mangsa untuk berlakon drama berkenaan.

Menurutnya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*