Youtuber Yang Didakwa Cabul Pelakon Wanitanya Di Reman 2 Hari

Seorang YouTuber yang didakwa mencabul seorang wanita berusia 24 tahun, direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli, hari ini.

Terdahulu suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 10.35 pagi tadi diiringi polis.

Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu mendakwa dicabul lelaki terbabit.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi, 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani ketika mangsa berseorangan di sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*