Zakir Naik Terlibat Dalam Ser4ngan Pengganas Di India? Ini Kata KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, yang dikatakan terbabit dalam rancangan serangan pengganas di India.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr Zakir Naik terlbabit serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.

“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata, rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.

Hari ini, dalam satu laporan media antarabangsa mengatakan badan perisikan negara itu diketahui telah memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana (India).

Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan satu kumpulan yang diketuai seorang wanita, pada beberapa minggu akan datang.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*