Anak Azhar Sulaiman Tampil Mempertahankan Tindakan Adiknya yang Membuat Video Melompat Sambil Menunjukkan Jari Tengah

HEBOH dalam media sosial mengenai anak bongsu Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.

Video tariannya yang memaparkan dia melompat sambil menunjukkan jari tengah tular dan dikecam ramai. Selain itu, video dia menari di dalam kelas di kolejnya juga turut dikritik netizen.

Dengan itu, ramai nitizen yang ‘mengambil tempat’ untuk turut serta mengecam dan mengkritik tindakan gadis yang diberi jolokan Ratu TikTok itu.

Ada yang anggap Leona terlalu bebas dan tidak tahu batas wanita beragama Islam. Dan ada juga komen netizen yang turut mempersoalkan akhlak dan akidahnya. Hendak marah tak mengapa, tapi janganlah sampai disentuh soal agama pula.

Ada juga yang merasa teruk kecaman yang diterimanya dan turut melahirkan rasa kesian kepada Mizz Lahar, gadis berusia 19 tahun itu.

Akibat kecaman teruk itu, dia terus menyahaktifkan akaun Twitternya kerana tidak sanggup lagi dihentam sedemikian rupa.

Bagi Mizz Lahar, tindakan Leona itu tepat pada waktunya kerana tak perlu lagi hadap tohmahan orang lain kepada dirinya.

Namun, selang beberapa hari, kakaknya bernama Kasih Leia Ixora hadir untuk mempertahankan tindakan adiknya itu. Baginya netizen sepatutnya membiarkan sahaja adiknya berseronok dengan dunianya dan tidak sepatutnya dia dihentam sedemikian rupa.

Malah, dia juga mengatakan bahawa keluarganya bukan kandungan hiburan masyarakat di luar sana. Dia juga memohon netizen supaya menghormati dan tidak menggunakan medium yang ada untuk membuli keluarganya.

Bagaimanapun, dia masih menghargai niat murni dan komen positif sesetengah netizen terhadap keluarganya.

Apa pun, Mizz Lahar harap Leona dapat belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu seronok hendak muat naik semua video TikTok hingga terlupa akibatnya dikemudian hari.

Sumber : Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*