Andika “Pergi Mamp0s Mulut 0rang” ,Mufti Dah Buka Mulut Pasal ” Cur4ng Dengan Iz1n Allah”.

Muhamad Andika Putera Salleh pada Jumaat lalu menjadi perhatian selepas tindakannya mengeluarkan komen berhubung kes cur4ng seorang penyampai radio popular, baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram, Andika yang ditanya mengenai isu cur4ng menyatakan bahawa perbu4tan yang dilakukan lelaki berkenaan adalah atas izin Allah.

Ulasan Andika itu mengundang kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan pandangannya sehingga ia mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli menerusi kenyataan di Twitter meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meneliti kelancangan kata-kata pemuda itu.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjelaskan sebarang perbu4tan menisbah kej4hatan, kebu-rukan dan m4ksiat yang dilakukan kepada Allah SWT ialah ‘perbu4tan yang tidak ber4dab terhadap-Nya’.

“Ya, Allah SWT menciptakan semua perkara termasuk semua kebu-rukan dan kej4hatan, namun sebagai adab terhadap Allah SWT kita tidak boleh menisbahkan kepada-Nya kecuali perkara-perkara yang baik sahaja,” tulis kenyataan itu.

Nama Andika menjadi perhatian selepas mengulas isu kecur4ngan seorang penyampai radio.

Kenyataan itu turut menjelaskan, menurut ahli Sunnah Wal Jamaah, setiap hamba Allah mempunyai pilihan sama ada melakukan perkara kebaikan atau kej4hatan.

Namun kesemuanya tidak terkeluar dari kehendak Allah SWT. Daripada pilihan inilah manusia diuji dan akan diberikan balasan berdasarkan pilihan mereka semasa di dunia.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjelaskan, ucapan ‘saya melakukan m4ksiat ini dengan izin Allah SWT’ tidak mel4zimi bahawa Allah SWT reda terhadap perbuatan m4ksiat tersebut.

Ini kerana kehendak (iradah) Allah SWT tidak melazimi keredaan-Nya. Oleh itu, sesiapa yang melakukan maksiat dengan pilihan dan kehendaknya sendiri, maka dia mendapat kemurk4an Allah SWT.

“Ucapan sebegini tidak sepatutnya disebut dan malah perlu dielakkan, apatah lagi jika diniatkan untuk menghalalkan perbuatan maksiat dilakukan oleh seseorang,” tulis kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Andika sudah pun memohon maaf atas perbuatannya itu dan menjelaskan cara penyampaiannya yang spontan dan direct itu telah menimbulkan salah faham.

Kontrov3rsi video ‘cur4ng dengan izin Allah’, Andika akui silap… tergu-ris hati digelar penunggang agama – “Visual panjang disunting jadi pendek, mesejnya jangan menilai sesiapa”

Mengulas lanjut mengenai kontroversi tersebut, Andika Putera menjelaskan bahawa video tersebut dirakam ketika dia bersama pasukannya dan ia merupakan video yang berdurasi panjang sebelum disunting menjadi lebih pendek.

“Sebenarnya saya nak tek4nkan mengenai kita jangan menilai sesiapa kerana diri kita juga tak sempurna. Tapi mungkin cara penyampaian saya yang spontan dan direct itu telah misleading dan menimbulkan salah faham.

“Tambahan pula ia dipotong pendek sedangkan keseluruhan konteksnya saya nak tekankan jangan menilai sesiapa. Saya bersyukur dengan apa yang berlaku dan pastinya ujian ini datang dengan hikmah.

“Sudah semestinya saya belajar sesuatu daripada perkara ini. Bila kita salah, kita akan betulkan diri kita daripada kesalahan itu,” ujarnya yang sebelum ini turut tampil dengan video permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram susulan kontr0versi berkenaan.

Dalam pada itu, penceramah motivasi muda ini berkata dia terbuka dengan setiap komen yang diberikan netizen mahupun pelbagai pihak lain dalam usaha untuk memperbaiki diri.

Biarlah orang melihat saya dikecam namun saya mahu mereka melihat sesuatu yang positif dari situ.

“Saya langsung tidak menutup ruangan komen di Instagram. Ini bukan maksudnya saya bangga dengan silap saya, tapi saya terbuka dengan apa jua komen yang diberikan.

“Saya berterima kasih dengan komen positif dan kata-kata sokongan yang diberi, namun komen-komen berbaur teguran, saya tetap berteima kasih dan balas dengan positif.

“Biarlah orang melihat saya dikecam namun saya mahu mereka melihat sesuatu yang positif dari situ. Sekarang ini ramai yang rasa insecure dan takut sangat dikec4m di media sosial. Tengok dan ambillah dari sudut positif… yang mana tak elok, kita perbaiki,” ujarnya.

Meskipun begitu, Andika Putera mengakui hatinya sedikit terguris dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya, antaranya diberi gelaran penu-nggang agama.

Andika Putera melihat apa yang berlaku ketika ini sebagai satu ujian yang datang dengan hikmah.

“Terguris juga… sebenarnya saya sejak berkecimpung dalam bidang ini, saya lebih suka meletakkan Allah dalam niat terlebih dahulu. Itu visi yang saya nak tonjolkan dalam media sosial saya.

“Dan bersabit tagline ‘pergi mampus mulut orang’ itu, ramai yang salah faham… malah mereka gunakannya untuk hentam saya semula. Hanya pengikut (followers) dan mereka yang memang mengikuti saya sejak dulu yang faham penggunaan tagline tersebut.

“Apapun, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Janganlah kita menilai sesiapa. Mungkin dalam kes baru-baru ini, lelaki itu kantoi curang, tapi mana tahu, selepas kes dia itu dia jadi lelaki yang setia selepas ini, itulah point saya,” jelasnya lagi.

Kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*