Digari Kerana Berpakaian Wanita? Ini Penjelasan Sajat Tentang Isu Yang Tular Tersebut

Sebut sahaja nama Sajat Kamaruzzaman, pasti semua sudah mengenali usahawan kosmetik yang sering dilanda kontroversi ini. Malah, semalam viral satu video di media sosial memaparkan Sajat telah digari.

Sajat kena gari?

Sebelum ini Menerusi video pendek berdurasi 0:15 saat yang dikongsikan di akaun TikTok Rudyaj01 memaparkan usahawan kosmetik ini sedang membuat Live di Instagram miliknya iaitu Nursajat23. Tetapi lain pula yang jadinya apabila melihat pergelangan tangan Sajat seakan ‘digari’. Bukan itu sahaja, rata-rata para peminat dan pengguna media sosial yang menonton live tersebut agak terkejut dengan insiden yang berlaku.

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Nur Sajat menafikan dirinya dit4han Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah seksyen 10 (B) kerana berpakaian wanita dan menghin4 agama Islam seperti yang tular di media sosial.

Sajat menerusi IG Live di akaun Instagram @Nursajatgold02 turut mendakwa dikhi4nat individu lain, ketika pengikut di bertanya mengenai berita pen4ngkapannya.

“Tak baik cakap macam tu. Elok je saya dekat sini ha, kalau kena t4ngkap dah lama dah saya dekat dalam sayang oi.

“Nampak tak yang bercakap ni apa? Hantu? Takkan yang bercakap ni hantu kot…Sajat la ni,” jawabnya tenang.

Ketika diminta pengikut untuk menceritakan kejadian tangan digari baru-baru ini Sajat menjawab soalan tersebut dengan baik.

“Panjang cerita…Orang cuba nak khi4nat kita,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai akaun Instagramnya @nursajat23 dan kekasih @jados, yang dikatakan tiba-tiba hilang dari ‘radar’ Sajat berkata, mereka kini berehat seketika daripada media sosial.

“Berehat sekejap daripada dunia-dunia media sosial. Kita fokus dalam bisnes sahaja. Masih guna akaun tu tapi kita ‘install’ kasi canggih sebab dah tahun 2021 kan,” jawabnya.

Pada Rabu lalu, tular di media sosial sepotong video usahawan kosmetik popular tersebut yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari.

Sesi siaran langsung itu kemudiannya dirakamkan semula menerusi tangkapan skrin video dan dimuatnaik di akaun TikTok seorang pengguna.

Dalam video yang dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok @rudyaj01 Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat berbaju biru dan bercermin mata sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang individu di sisinya.

Serentak dengan itu timbul pelbagai spekulasi termasuk yang mendakwa Nur Sajat dit4ngkap oleh JAIS untuk membantu si4satan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 (B), enakmen j3nayah Syariah (Selangor) 1995.

Kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*