Fara Mengaku Hubungan Dah Berakhir, Akhirnya Shuk Tampil Buka Mulut Beri Penjelasan!

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu curang, akhirnya pelawak Shuk Sahar tampil mengakui kesil4pan diri.

Menyedari kes4lahan yang telah dilakukan, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia kini dalam usaha menjernihkan semula hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesil4pan saya.

“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!” katanya.

Shuk bertemu dengan dua anaknya pada Rabu.
Shuk menulis luahan kesalnya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi rakaman video bertemu dengan dua orang anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh!

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian netizen apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku cur4ng sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Shuk akan terus berusaha menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis terus memberikan sokongan moral kepada Shuk dan mengharapakan yang beliau betul-betul berubah

Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

Saat Shuk Bertemu semula dengan anak-anak

Fara Salleh muncul buat pengakuan, hubungan cinta dengan Shuk dah berakhir

Takut dengan pelbagai ugu-tan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia kesal apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat rumahnya kepada umum tanpa kebenarannya.

Berikutan peristiswa tersebut, kini dia dihubungi individu yang tidak dikenali menerusi WhatsApp dan panggilan sehingga terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang atas keselamatannya.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ug-ut nak bu-nuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada pihak mStar Online pada Ahad malam.

Menerusi temubual tersebut, Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya lantaran ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di rumahnya.

Menurut Fara, Rossalennah hadir ke kediaman dan mendakwa dirinya menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Namun begitu, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, isteri Shuk masih berkeras ingin masuk ke rumahnya walaupun setelah Fara mengemukakan cadangan untuk mengubungi JAIS, pihak polis serta mengajak melakukan panggilan video bertujuan untuk ‘home tour’ bagi membuktikan Shuk tiada bersamanya.

“Cuma saya kecewa bila tiada rasa tanggungjawab dengan menularkan nombor telefon, menularkan dengan keadaan kita pun macam aib kot masa kat dalam rumah. Benda tu sangat meng4ibkan saya,” tegas Fara.
Sementara itu, apabila ditanya berkenaan hubungannya dengan Shuk, wanita tersebut menjawab dengan ringkas dan mengakui segalanya sudah berakhir.

“You guys boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” luahnya mengakhiri temubual

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*