Individu Yang Menyebarkan Berita Palsu Tentang Hubungan Neelofa Dan PU Riz Dicari!

TINDAKAN seorang individu di laman Twitter yang mendakwa pengacara Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail mengeruhkan lagi kemelut yang melanda pasangan itu.

Justeru itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik pasangan berkenaan.

Nadiah menerusi Instagram story pada Isnin, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan agar tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Jika sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya menerusi mesej peribadi

“Notis… kami meminta bantuan orang ramai untuk mencari dan mengesan lokasi wanita ini.

“Jika sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya menerusi mesej peribadi” tulisnya.

Pada Sabtu lalu, sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan sedang berubat.

Individu tersebut menyebarkan fitn4h terhadap Neelofa dan PU Riz.

Menerusi perbualan itu juga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun tunangnya atas tujuan tertentu.

Terdahulu, Syamira sempat memuat naik satu tweet bersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang sekali gus menyebabkan imejnya tercalar. Menerusi mesej tersebut menceritakan Neelofa sudah selamat berkahwin dengan Hariss di Kelantan, berwakil wali bapanya sendiri. Tidak berakhir di situ, mesej itu juga menceritakan Neelofa menghabiskan duitnya sebanyak RM100k kepada Harris dan sedang menetap di rumah bakal suaminya.

Lagi menghairankan apabila, mereka turut mendakwa Neelofa sudah terkena minyak pengasih dan terpaksa akur dengan segala permintaan tunangnya. Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi kenyataan media yang dibuat semalam. Jelas tuan empunya badan, segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Menerusi kenyataan media itu juga, beliau meminta supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan segala mesej-mesej yang disebarkan.

Akaun tidak lagi aktif

Terbaru, menerusi semakan kami sebentar tadi, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.

Eh! Akaun Dah Tak Aktif

Sumber: Nadiah.Khairuddin

Selain mendakwa pasangan tersebut sudah berkahwin di Kelantan.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Manakala, mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa bagaimanapun sekadar memberi bayangan seolah-olah dilanda badai.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan Pu Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kredit : Trending Sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*