Ini Yang Terjadi Pada MV Ayda Jebat Selepas Ditegur Pedas Oleh Ustazah.

Sejak melangsungkan perkahwinan, satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat bagaikan tiada noktah.

Terdahulu, dia dan suami dike.cam oleh warganet kerana mempamerkan kemesraan antara mereka berdua secara keterlaluan di laman sosial, bahkan ada menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lu.cah.

Baru-baru ini, muzik video (MV) lagu Parah Parah nyanyiannya pula ditegur oleh seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun yang menyifatkannya sebagai luc4h dan kurang s0pan.

Nama pe­nyanyi dan pelakon Ayda Jebat sekali lagi menjadi kontr0versi dan bualan netizen selepas vi­deo muzik single terbaharunya, Pa­rah Parah ditegur Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi Facebook pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ semalam, beliau telah memuat naik satu nukilan panjang lebar buat Ayda Jebat sebagai satu bentuk teguran lembut berke­naan video muzik lagu tersebut yang disifatkan sebagai keterl4luan.

“Ini satu musib4h ummah yang p4rah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin p4rah, kalian menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan pe­nyanyi dan penari iringan yang separuh bog3l, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggh4irahkan seperti tarian lu,c4h, maaf ia sungguh mem4lukan!” tulisnya.

Menurut pendakwah itu lagi, beliau mengakui agak terke.jut dengan video muzik lagu tersebut kerana memberi gambaran kurang baik buat seorang wanita Islam.

Ini disebabkan pemakaian serta gerakan dalam video muzik itu yang boleh dianggap mengghairahkan serta berpakaian agak menj0lok mata.

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tetap husnuzon (bersangka baik) dengan beranggapan bahawa penyanyi tersebut silap percaturan dalam bahagian penari iringan memandangkan Ayda tidak memakai pakaian yang keterl4luan.

Pakaian Ayda dalam video klip Parah.

“Namun, saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, kerana penampilan kamu sendiri yang tidaklah keterlaluan,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri penulisan tersebut, Ustazah Asma’ turut memohon ribuan kemaafan andai apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak.
Ustazah Asma’ juga sempat menitipkan pesanan kepada para penggiat seni agar lebih berhati-hati dalam berekspresi lebih-lebih lagi berkaitan dengan kelucahan atau adegan kurang manis untuk diperlihatkan.

Banyak Dsilike

Jika sebelum ini para peminat memuji dan menyamakan MV lagu berkenaan bertaraf internasional, namun selepas teguran terbabit, MV itu kini meraih lebih banyak ‘dislike’ berbanding tanda suka di saluran YouTube.

Setakat artikal ini ditulis, MV ini mendapat sebanyak 85ribu tanda ‘Dislike’ berbanding hanya 34 ribu tanda ‘Like’

Walaupun jumlah tontonan meningkat sehingga 3.162 Juta tontonan, tapi  Menurut netizan, rata-rata mereka datang untuk tengok sendiri video tersebut selepas membaca artikal berkenaan teguran dari Ustazah Asma di media sosial

Syukurlah ditegur sebelum malaikat tegur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati penyanyi berusia 29 tahun itu selain ada juga yang meminta Ayda memadam MV berkenaan sebelum situasi menjadi lebih ‘parah’.

Awak muslim, lebih baik padam sebelum jadi lagi parah

Reaksi Ayda Jebat, Nabil

Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat enggan mengulas lanjut berhubung teguran dan kenya­taan yang dibuat ke atasnya.

“Saya tak nak komen panjang. Takut salah cakap sebab isu ini sangat sensitif. Terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menonton,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, suami Ayda, Nabil Mahir yang bertindak sebagai pengarah video muzik berkenaan turut mengambil pendekatan sama apabila menyerahkan sepenuhnya kepada penonton untuk mengadili apa yang ditonjolkan dalam video yang dikatakan seksi itu.

“Seksi itu subjektif. Video tersebut lagunya rancak dan perlu disesuaikan dengan muzik dan tema yang dibangunkan untuk video itu. Sebagai pengarah video muzik dan suami kepada Ayda, saya hanya boleh katakan, terpulang kepada penerimaan masing-masing,” ujar Nabil.

Sebelum ini, nama Ayda yang popular menerusi single Temberang sering menjadi bualan apabila kerap kali berkongsi vi­d­eo mesra bersama suaminya, Nabil dalam media sosial miliknya.

Muzik video Parah Parah nyanyian Ayda mula disiarkan menerusi platform YouTube sejak 29 Disember 2020 dan sehingga semalam telah mencatat lebih 1.8 juta tontonan.

Video muzik berdurasi 3 minit 51 saat itu memaparkan beberapa segmen tarian oleh Ayda bersama kumpulan penari wanita yang berpakaian seksi dan me­lakukan tarian mengghairahkan.

‘Sudah basah kehujanan’, begitulah yang boleh diungkapkan tentang keadaan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu ketika ini. Saban hari, ada sahaja yang tidak kena dengan empunya diri.

Apa pun yang berlaku, harap Ayda menerima teguran-teguran berkenaan dengan hati yang terbuka! Ambil yang baik dan buanglah yang keruh.

Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Diciu.m mesra Nabil Mahir, Ayda Jebat dedah suami suka manja2 sehari suntuk!

Pasangan pengantin baru, Ayda Jebat dan Nabil Mahir kerap kali menunjukkan kemesraan mereka kepada umum terutamanya di media sosial.

Walaupun perkara tersebut tidak salah dan halal kerana masing-masing sudah bergelar suami isteri, namun perlakukan tersebut dilihat kurang manis jika ditonton para remaja dan kanak-kanak.

Sayang betul dekat isteri
Sebentar tadi, Ayda jebat sekali lagi memuat naik adegan mesra mereka di IG story dengan memaparkan suaminya mencium pipi dalam tempoh waktu yang agak lama.

Suami korang macam ni jugak ke?

Di juga sempat meninggalkan kapsyen dengan mengatakan suaminya gemar menciumnya hampir sepanjang hari dan bertanya kembali sama ada suami-suami diluar sana juga seperti ini ataupun tidak.

Sebelum ini, video pasangan tersebut bermain Lego telah mendapat pelbagai komen nakal daripada netizen selepas melihat keduanya berwajah seperti kurang tidur.

Mereka juga kerap kali diusik dengan gurauan suami isteri apabila pernah memaklumkan mahu mempunyai anak seramai 13 orang selepas apabila sudah bernikah.

Sumber: Ayda Jebat, Nabil Mahir/Omm

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*