Inilah Lagu Yang Anda Fikir Adalah Lagu Asal Mereka Tapi Sebenarnya Bukan…

Kalian semua pasti pernah mengalami situasi di mana anda mendengar lagu di radio dan anda rasa seperti pernah dengar lagu itu dalam versi lain. Atau anda merasakan lenggok dan bentuk musik itu seperti lagu orang lain.

Hari ini Admin ingin mengulaskan tentang lagu popular yang di ambil dari luar negara dan kemudiannya diubahsuai dan didendangkan oleh Kumpulan atau Penyanyi Tanah air.

Fenomena “cover” atau menyanyikan semula lagu ini diulas oleh Datuk M. Nasir sendiri dan berpendapat bahawa label rekod di Tanah Air ketika itu yang tidak percaya akan bakat dan pencipta lagu tanah air ketika itu.

Jadi ini dia carta 5 lagu yang diambil dari luar negara dan dinyanyikan semula oleh artis tanah air:

1 . Datuk M Nasir – September lalu

Lagu yang dipetik dari album pertama beliau Untuk Pencinta Seni merupakan album solo pertama M. Nasir yang diterbitkan pada 1979. Beliau menggunakan nama Mohamed M. N. pada ketika itu. Bagaimanapun album Untuk Pencinta Seni di bawah label Philips PolyGram itu tidak mendapat sambutan.

Penyanyi asal lagu tersebut adalah Earth Wind and Fire dari Amerika

2 . Alleycats – Shahrazad

Album Terima Kasih merupakan satu album yang diterbitkan oleh kumpulan Alleycats pada 1979 bergenre Pop dengan Label Philips Polygram Records. Antara komposer terlibat ialah Wan Ibrahim and M.Nasir. Barisan kumpulan yang menjayakan album pertama meraka ini ialah David Arumugam(vokal), Loganathan (vokal,flute), Shanmugam(lead guitar), Frank Ong (bass), Khoo Fok Sin (keyboard), Tan Chin Hock (drums) and Chester Danielle Pasarella (saxophone). Dalam album ini mengandungi lagu hits seperti Senandung Semalam and Jika Kau Bercinta Lagi.

Lagu asal tersebut dinyanyikan oleh Penyanyi disco Popular Boney M

https://www.youtube.com/watch?v=16y1AkoZkmQ

3 . Poe – saman

Sebelum itu, Admin ingin mengucapkan takziah atas pemergian Poe atau nama sebenar Mohd Fauzi Ahmad,64 pada 12 jun 2020.

lagu ini dipetik dari album Sahabat 1994 dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia, Poe mempunyai pengaruh yang kuat terhadap music raggae.

lagu asal pulak tidak lain tidak bukan dari lagenda raggae sendiri iaitu Bob Marley – Sweat (alalalong)

4 . Uji Rashid – Sani

https://www.youtube.com/watch?v=JXorQnyuxsw

Siapa yang tidak kenal dengan nama Uji Rashid lagu ini terdapat dalam album Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu merupakan album studio kedua yang dihasilkan oleh Uji Rashid. Album ini dikeluarkan pada tahun 1977 di bawah syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Ahmad Nawab telah bertindak sebagai penerbit dan penggubah lagu bagi kebanyakan lagu yang dimuatkan di dalam album ini. 

Manakala penyanyi asal lagu ini adalah Boney M juga dengan lagunya Sunny. Ya, Sani versus Sunny mari kita dengar.

https://www.youtube.com/watch?v=yD8DcgpLp_w

5 . Black dog bone – Hatiku Luka Lagi

Terbaru ni, lagu hati ku luka lagi nyanyian Black Dog Bone ini sekali lagi menjadi hit apabila filem komedi Hantu Kak Limah yang diarahkan oleh Mamat Khalid memetik lagu ini di salah satu adegan dalam filem tersebut.

Asal lagu ini dari album Si Gadis Ayu, merupakan album hasil nukilan Black Dog Bone yang dikeluarkan pada tahun 1978, edaran semula oleh Warner, 2010 oleh syarikat EMI.

lagu asalnya pula adalah dari The Manhattans – Kiss and Say Goodbye

Tambahan : Alleycats – Kembalilah Kepada Ku

https://www.youtube.com/watch?v=vcfVqfPA6Oc

ni lagu kegemaran admin, kedua – dua versi pun sedap untuk didengar dan nyanyi.

https://www.youtube.com/watch?v=qJLW6xGtl3Q

Jangan lupa Like dan follow kami di facebook dan Instagram @cherasdaily .

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*