Jenazah Sandra Dianne akan Dibawa Pulang Ke Sabah

Putrajaya: Penyanyi yang juga bintang Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.
Sandra, 26, yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Berita duka itu dikongsi penyanyi, Sufie Rashid di Instagram.

Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana.. innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya.

Tambahnya di posting terbarunya,jenazah Sandra akan dibawa pulang ke sabah dan meminta semua untuk mendoakan untuk permudahkan urusan jenazah.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*