Neelofa Sudah Pakai Cincin Dijari Manis, Ibu Neelofa Bersyukur Insan Istimewa Telah Hadir

Desas – desus bahawa pengacara terkenal Neelofa, 31, dan PU Riz, 25, atau Haris Ismali telah menjalinkan ikatan pertunangan petang tadi kini menjadi perhatian netizen di media sosial.

Ini kerana gambar-gambar serta video yang dimuat naik di Instagram Neelofa dan ibunya Noor Kartini seolah-olah mengesahkan hubungan istimewa yang telah melangkah ke alam pertunangan.

Malah terdapat sekeping gambar Neelofa memakai sebentuk cincin di jari manis menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Selain itu, satu status di Instastory Neelofa yang dimuat naik juga seakan-akan memberi gambaran tentang majlis yang diadakan hari Ini.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini,” tulisnya.

Selain itu, kata-kata yang ditulis tulis oleh Noor Kartini juga seperti mengesahkan segala-galanya.

“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.

“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulisnya.

Walaubagaimanapun sehingga kilini Neelofa dan PU Riz masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sumber : MalaysiaGazette

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*