Nuha VM Merosakkan Lagu Kekasih Awal Dan Akhir Ini Komen Pencipta Lagi Tersebut

Peserta program Vokal Mania kategori Rookie , Nuha Bahrin yang terpalit kontroversi selepas dikecam sebagai ‘perosak’ lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran buat dirinya.

Pencipta Asal Lagu Tersebut Pun Tak Kenal Lagu Itu

Menurutnya, lagu pilihan produksi itu adalah cabaran besar buatnya dan dia juga menerima semua komen-komen yang dilemparkan terhadapnya dengan hati terbuka.

“Lagu ini adalah pilihan dan keputusan daripada pihak produksi.  Jadi, saya sahut cabaran itu. Namun, jelas sekali percubaan saya gagal dan saya tahu, ramai yang menulis komen-komen negatif.

“Saya faham apabila mereka merasakan bahawa saya ‘merosakkan’ lagu itu. Tapi, saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini dan saya harap, semua dapat terus memberikan sokongan,” katanya.

Tambah penyanyi yang pernah menerima pujian daripada penyanyi antarabangsa, Christina Aguilera itu lagi, dia juga menerima komen serta keputusan daripada juri tetap, Yusry Abdul Halim dan Misha Omar dengan hati terbuka.

“Kemenangan untuk pusingan ‘battle’ berpihak kepada Tomok dan saya rasa, dia sememangnya layak. Keputusan juri adalah tepat dan saya akan mengambil berat setiap komen yang diberikan mereka.

“Mungkin berlaku kesilapan di pihak saya kerana ini adalah kali pertama muncul di kaca TV untuk program secara langsung. Ditambah pula, banyak tekanan yang saya letakkan ke atas diri hingga membuatkan persembahan saya tidak cemerlang.

“Namun, saya bersyukur kerana sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan penyokong saya melayakkan saya memegang Rookie Star Award untuk minggu ini. Alhamdulillah,” katanya.

Semalam, Nuha tampil menyampaikan dua lagu iaitu Kekasih Awal dan Akhir untuk persembahan solo dan Di Matamu untuk pusingan ‘battle’ bersama Tomok.

Program Vokal Mania diacarakan oleh gandingan Datuk AC Mizal serta Azira Shafinaz.

‘Dislike’ Lebih Tinggi Dari ‘Like’

Video nyanyian Nuha Di Youtube TV3 mendapat sebanyak 983 Like Manakala 15 Ribu Dislike!

Menurut Fedtri Yahya yaitu seorang pengacara dan penulis lagu menyatakan, lagu tersebut adalah lagu ketuhanan dan tak sepatutnya dibuat bergitu.

Menurut admin, Nuha adalah seorang penyanyi yang berbakat, tapi janganlah terlalu sibuk nak Show Off kebolehan tarik vokal tu. Tak semua lagu perlu tarik, yang penting emosi dan penyampaian itu seiringan.

Sumber : Harian Metro & Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*