Patah Tulang Rahang, Fedtri Yahya Kemalangan Selepas Selesai Membuat Liputan

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, cedera di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.

Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius pada anggota badan lain.

“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.

“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Anati, suaminya jatuh tersembam menyebabkan bahagian muka mengalami kecederaan.

“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdarah.

“Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembedahan untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*